::Program SKBA 2010::

Saturday, February 28, 2009

Buka Fail Office 2007 menggunakan Office 2003

Berapa kali anda berhadapan dengan situasi di mana, anda tidak dapat membuka fail dari Microsoft Office 2007? Seperti yang sedia maklum, Office 2007 menyimpan fail dalam format .docx, .pptx, .xlsx dan sebagainya. Format baru dari Office 2007 ini tidak dapat dibuka menggunakan Office 2003 ataupun versi Microsoft Office yang sebelumnya.Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh menggunakan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack bagi membuka fail dari Office 2007 menggunakan Office 2003, Office XP, ataupun Office 2000. Anda juga boleh mengubahsuai serta menyimpan fail tersebut dalam format asal, iaitu format Office 2007.
Klik di sini untuk mendapatkan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack yang terbaru dari Microsoft.

Wednesday, February 18, 2009

::Dunia IT 2009::

Sumber Asal: e-Majalah PC

Produk 2009 – lebih inovatif dan lebih menarikTahun lalu pihak MPC telah meramalkan kehadiran kamera digital 10 MP dalam harga yang serupa dengan kamera digital 8MP pada tahun 2008. Nampaknya ia menjadi kenyataan dan di pasaran kini banyak terdapat kamera yang memberikan 10 MP dengan harga dari RM699 ke atas. Ada beberapa produk yang kami ramal akan berada di pasaran pada 2007 kini telah berada di pasaran dan ada juga yang masih dalam pembinaan. Antaranya pelancaran WiMAX, kad SD dan mikroSD, pemproses Dual Core & ATOM, kemunculan Netbook & Nettop, storan HDD lebih kecil dan kehadiran lebih banyak SPAM & Malware.

WiMAX
Penggunaan teknologi ini semakin meluas pada tahun 2009. Lebih luas kawasan liputan dan lebih mudah dicapai berbanding dengan Broadband berwayar. Hotspot akan digantikan dengan liputan broadband sebegini dan lebih banyak juga broadband digunakan di seluruh Malaysia.

Kamera digital
Kamera digital kompak akan meningkat lagi keupayaan megapiksel daripada 9 – 10 MP kepada 10 – 15 MP. Manakala kamera digital SLR pula 15 – 20 MP kepada 21 – 30 MP. Teknologi rakaman gambar berautomatik juga lebih tajam dan jelas. Pengawalan ISO juga menjadi lebih baik. Kamera DSLR pula akan menjadi lebih hebat dan berkuasa. Antigegaran akan dimuatkan ke dalam kamera seperti Sony alpha-900 dan ia mampu merakam video HD yang baik.

Komputer
Netbook dan Nettop akan terus menjadi satu tren yang hebat. Kini komputer desktop hanya diletakkan di rumah atau pejabat manakala komputer bimbit tidak lagi dibawa kerana ia besar dan berat. Netbook adalah lebih sesuai dan kini ia lebih berkuasa dan mampu menggantikan notebook. Pemproses komputer juga semakin hebat Dual Core akan menjadi asas kepada peningkatan kelajuan komputer. Pemproses perlu menjadi lebih laju dan luas kuasanya kerana aplikasi kini menjadi lebih besar dan luas. Operasi 32-bit mungkin masih digunakan tetapi dalam versi yang lebih besar dan 64-bit semakin hampir kepada penggunaan aplikasi am. Dengan penghasilan aplikasi yang semakin besar dari segi saiz maka komputer juga hendaklah mampu mengendalikannya.

Kad storan SD
Kad ini semakin diterima pada tahun ini kerana ia banyak digunakan dalam kamera digital dan PDA. Manakala kad mikroSD pula banyak digunakan dalam telefon bimbit dalam saiz 1GB – 4GB. Malah kad SD juga telah dipertingkatkan kepada SDHC yang berkapasiti tinggi dan mampu mengendalikan pemprosesan yang lebih kerap dan laju. Kad seperti ini kerap digunakan dalam kamera video digital.

Kamera video digital
Tren kamera video digital terkini adalah menggunakan cakera keras berkapasiti dari 20GB hinggalah ke 160GB. Selain itu kamera video digital juga mengguankan kad SD berkapasiti tinggi. Rakaman yang dihasilkan dengan kamera video digital ini adalah berformat HD dan mempunyai penghasilan video yang terbaik. Malah kini 3CCD telah digantikan dengan 3CMOS bagi menghasilkan video yang lebih jelas dan dengan warna yang lebih cerah. Kamera Panasonic HDC-HS100/SD100 menggunakan 3CMOS yang mampu menghasilkan video yang tajam dan lebih jelas.

Format HD
HD atau High Definition adalah sebuah format yang terbaik untuk memberikan video atau imej dalam satu bentuk yang lebih terang dan jelas. HD digunakan bukan sahaja pada video kamera digital dan kamera digital tetapi juga pada projektor, pemain DVD atau BlueRay dan TV LCD atau Plasma. Dengan format ini video menjadi lebih jelas dan bunyi yang dikeluarkan adalah lebih baik.

Telefon bimbit
Telefon bimbit kini telah meliputi juga PDA dan telefon bijak yang menggunakan Symbian S60 dan juga Microsoft Mobile. Telefon bimbit biasa juga telah ada beberapa ciri seperti sebuah PDA atau telefon bijak seperti kalendar, diari, kamera, ciri-ciri rangkaian seperti Wi-Fi dan capaian internet. Terdapat juga capaian rangkaian TV selain daripada capaian radio FM yang kini ada pada semua jenis telefon bimbit.Kamera pula adalah satu ciri yang perlu ada pada telefon bimbit. Kini kamera paling rendah adalah 2.0 MP dan yang paling tinggi adalah 8MP dari Samsung. Kamera yang biasa adalah 2.0 dan 3.2 MP yang ada pada hampir semua telefon bimbit. Malah ada di antaranya juga mempunyai ciri AF dan juga zoom di samping ada Flash. Terdapat juga telefon bimbit yang mempunyai capaian GPS untuk memberikan panduan jalanraya untuk ke temapt yang dituju. Malah teknologi GPS juga digunakan untuk melakukan Tag GEO kepada gambar bagi memberikan maklumat khusus di mana dan bila gambar itu diambil. Untuk memberikan nilai tambah kepada pengguna telefon bimbit ada pengeluar telefon telah mengadakan sebuah laman web khas untuk memudahkan pengguna menyimpan segala nombor hubungan dan maklumat penting yang ada pada telefon bimbit mereka jika telefon mereka hilang. Selain itu laman web itu juga boleh menyimpan fail dan gambar penting untuk dicapai dari mana sahaja.