::Program SKBA 2010::

Monday, August 11, 2008

ikim.fm

Saturday, August 9, 2008

Laman Web SKBA

Sila lawati laman web rasmi SKBA di alamat url http://skbakararang.net/ .

Sunday, July 6, 2008

e-mail

Mel elektronik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.

Sunday, June 22, 2008

Cakera Liut??

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.

Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh, Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ianya sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS.

Sunday, June 8, 2008

Apa itu Bluetooth?

BLUETOOTH merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth, bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.
Dari segi teknologinya, Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagai peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter.
Teknologi tanpa wayar ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan telefon, telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain.
Misalnya ia boleh menghubungkan komputer dengan pencetak, komputer dengan telefon, komputer dengan PDA (alat bantuan digital) dan sebagainya.
Teknologi rangkaian Bluetooth adalah selamat kerana ia menggunakan signal radio yang 1,000 kali lebih rendah daripada teknologi tanpa wayar yang digunakan telefon bimbit masa kini.
Ia juga adalah selamat kerana apabila sambungan dibuat tiada siapa dapat mencuri dengar apabila anda menggunakannya .Bagi set kepala yang disambung kepada telefon, ia menggunakan peraturan yang dikenali sebagai `pairing’ atau `pemadanan’.
Sumber: mykomputer