::Program SKBA 2010::

Sunday, July 6, 2008

e-mail

Mel elektronik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.

Sunday, June 22, 2008

Cakera Liut??

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.

Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh, Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ianya sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS.

Sunday, June 8, 2008

Apa itu Bluetooth?

BLUETOOTH merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth, bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.
Dari segi teknologinya, Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagai peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter.
Teknologi tanpa wayar ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan telefon, telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain.
Misalnya ia boleh menghubungkan komputer dengan pencetak, komputer dengan telefon, komputer dengan PDA (alat bantuan digital) dan sebagainya.
Teknologi rangkaian Bluetooth adalah selamat kerana ia menggunakan signal radio yang 1,000 kali lebih rendah daripada teknologi tanpa wayar yang digunakan telefon bimbit masa kini.
Ia juga adalah selamat kerana apabila sambungan dibuat tiada siapa dapat mencuri dengar apabila anda menggunakannya .Bagi set kepala yang disambung kepada telefon, ia menggunakan peraturan yang dikenali sebagai `pairing’ atau `pemadanan’.
Sumber: mykomputer

Sunday, April 27, 2008

Tip IT : Tapis Akses Web

Tip IT: Pastikan internet selamat untuk kanak-kanak
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturd...071003/Article/
PENGGUNAAN komputer dan laman web tidak lagi terhad kepada golongan tertentu, tetapi meliputi pelbagai peringkat termasuk kanak-kanak.Dunia web yang seharusnya menjadi perantara dalam mendapatkan pelbagai maklumat berharga sering disalah gunakan bagi tujuan negatif seperti melayari laman web lucah, kemungkinan terdedah kepada kenalan baru yang tidak dikenali latar belakangnya dan penipuan kerja sekolah hasil daripada kandungan yang diperoleh.Perlu diingat, kanak-kanak adalah segmen pengguna yang mudah terdedah kepada tipu helah pengguna lain yang cuba memanipulasi mereka yang berada di dunia web.Bagi memastikan proses melayari web dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam persekitaran yang selamat, TIP IT minggu ini menggariskan panduan, terutama kepada ibu bapa bagi mengelak anak mereka daripada terdedah kepada ancaman Internet.Antaranya adalah pastikan anak-anak yang memiliki alamat emel tidak mendedahkannya kepada orang yang tidak dikenali dan elakkan daripada memberikan nama penuh, sekolah, alamat, nombor rumah serta telefon kepada kenalan baru dari dunia web itu.Kanak-kanak seharusnya mengelakkan daripada bersetuju mengadakan pertemuan dengan orang yang tidak dikenali ketika bertemu di dunia web dan maklumkan ibu bapa atau penjaga mereka berhubung perkembangan itu.Apabila anda mendapat emel yang tidak dikenali pengirimnya, disarankan supaya tidak membuka emel itu dan pada masa sama jangan dedahkan kata laluan Internet kepada orang lain.Jika laman web yang dilawati atau emel yang diterima mengandungi kandungan yang tidak menyenangkan, kanak-kanak perlu memberitahu ibu bapa atau penjaga mereka.Kepada ibu bapa pula, hadkan penggunaan komputer peribadi (pc) kepada hanya satu saja bagi membolehkan aktiviti pelayaran internet anak mereka diawasi sepanjang masa dan jelaskan kepada kanak-kanak keperluan untuk lebih berhati-hati ketika melayari laman web baru.Pelbagai pakej perisian turut ditawarkan di rak jualan kelengkapan IT ketika ini yang boleh membantu mengawasi aktiviti pelayaran Internet kanak-kanak seperti merekodkan alamat laman web yang dilayari, emel, perisian aplikasi komunikasi, menapis dan menghalang kemasukan pada laman web tertentu.Jika anak-anak anda menggunakan aplikasi carian Google, pada kolum 'Preferences', ibu bapa boleh membuat pilihan untuk menetapkan penapisan carian selamat bagi menghalang imej dan teks yang dilarang daripada dipaparkan.Selain daripada memiliki kata laluan pentadbir sendiri, ibu bapa atau penjaga disaran membuka akaun pengguna berasingan untuk kegunaan kanak-kanak bagi memastikan perisian yang boleh memudaratkan tidak dipasang, aktiviti pemindahan fail penting tanpa kebenaran dikenal pasti dan penukaran ketetapan Windows dihalang.Ia boleh dilaksanakan menerusi proses satu klik pada menu permulaan (Start Menu) disusuli Panel Kawalan (Control Panel) dan akaun pengguna (User Account).Kemudiannya, anda boleh membuka akaun baru untuk anak dengan memilih nama serta had akaun sebelum meneruskan langkah terakhir ketetapan Windows itu.

Tuesday, April 22, 2008

.:Blog ICT SKBA:.

Blog ICT SKBA merupakan salah satu template untuk kita berkongsi idea dan maklumat mengenai teknologi maklumat yang ada di sekolah kita khususnya. Oleh itu marilah kita sama-sama menggunakan ruangan ini dengan baik dan sepenuhnya untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan.
Blog ini dibangunkan untuk memberi peluang kepada semua warga SKBA untuk mendapatkan informasi khasnya di dalam ICT. Justeru itu, sama-samalah kita memanfaatkan kemudahan teknologi yang ada ini ke arah membina modal insan berteknologi.