::Program SKBA 2010::

Tuesday, December 30, 2008

::Salam Maal Hijrah 1430H::

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Thursday, September 18, 2008

Monday, September 8, 2008

.:IT dari kaca mata Islam :.

Pada era kemodenan ini, kita dapat melihat kemajuan yang begitu pesat dalam industri teknologi, khususnya industri teknologi maklumat. Hal ini merupakan suatu perkara yang tidak dapat dibendung lagi, bahkan disambut dan dialu-alukan oleh segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Industri teknologi maklumat ataupun yang kita kenali sebagai Information Technology (IT) telah berkembang pesat di serata dunia di dalam pelbagai aspek merangkumi software, hardware, blogging dan bermacam-macam lagi. Hal ini merupakan suatu petanda yang positif kerana ia memberi peluang kepada setiap individu untuk meluaskan pandangan dengan mendapatkan pengetahuan dari serata dunia dalam jaringan yang tidak terbatas.
Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya memandang kemajuan ini seiring dengan pandangan Islam yang berlandaskan syarak. Justeru, ciri-ciri yang dibawa teknologi maklumat ini perlulah disesuaikan dengan kehendak syarak. Sesetengah dari kita tidak mahu menerima kehadiran teknologi maklumat ini dengan alasan ianya membawa pelbagai perkara negatif. Harus jua diingat bahawa teknologi maklumat juga membawa 1001 manfaat kepada dunia Islam. Kemajuan teknologi maklumat telah memberi tapak kepada laman-laman web berunsurkan Islam seperi
www.iluvislam.com, www.ukhwah.com dan sebagainya. Selain itu, software yang membantu umat Islam kini dapat kita lihat begitu pesat di pasaran, malah boleh dimuat turun dari Internet sperti software azan, e-book 40 Hadis Sahih dan sebagainya. Kita sendiri diajak untuk menuju kejayaan setiap kali azan berkumandang di dalam laungan “Hayya ‘alal falah” yang bermaksud ‘Marilah menuju kejayaan”.
Namun begitu, kita juga harus sedar bahawa teknologi maklumat juga membawa impak negatif kepada umat manusia. Laman-laman web yang berunsurkan lucah dan berbau perkauman misalnya, telah membawa pelbagai masalah kepada masyarakat moden ketika ini. Justeru, kita sebagai seorang Muslim haruslah memilih pilihan yang halal berlandaskan hukum syarak dan mengelakkan diri dari terjebak ke dalam kemaksiatan menerusi teknologi maklumat ini, kerana kita meyakini bahawa Allah s.w.t. sentiasa melihat setiap gerak geri kita, walau di mana sahaja kita berada.
Kesimpulannya, Islam tidak bercanggah dengan kemajuan teknologi maklumat, dengan syarat kemajuan yang dikecapi itu tidak bertentangan dengan syarak yang dilandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
oleh : Mohd. Nasrul Hanis bin Manzahari

Tuesday, September 2, 2008

.:Allah’s Blessings For Fasting During Ramadan:.

ByUstaz Syed Hassan Alatas
Translated by Zainur Alsmi bt. Sharif
Allah said in Surah Al Baqorah : 183 which says “Man of faith (Iman), it is obligatory for you to fast as what your predessesors have done so that you become faithful followers of Allah and are afraid of Him”.
According to the religion fasting is the abstainance from all that which invalidate the fast. (These include eating, drinking, sexual intercourse etc.) from dawn to dusk. This is done with the intention of performing “ibadah” (Religious rituals) for Allah’s Pleasures and the preparation of raising one’s status before Allah.
Ramadan contains many secret blessings. The coming of Ramadan will be rejoiced by men of faith (iman). During this month men whom performed what Allah Has directed them to do will receive multiple virtues. The Al Koran was also revealed during this month and which acts as a guidance for mankind and to be able to differentiate between right and wrong.
Fasting during Ramadan will increase your patience, generosity, honesty, discipline and simultaneously protecting you from greediness, stinginess, spenthriftness and selfishness.
Eventhough our food is halal, we are forbidden to consume them from sunrise to sunset to show our obedience to Allah. Similarly we also do not perform sexual intercourse with our wives as a sign of obedience to Allah.
The first Ayat from the Al Koran directing us to fast started by saying “All men of faith” and ended by saying “May you all be faithful followers”. It is evident from here that fasting in Ramadan is based on one’s own faith and fear of Allah.To be faithful and fearful of Allah we are being given an opportunity within this one month of Ramadan to discipline ourselves, to refrain from the desire to eat and drink, to have sexual intercourse with our wife.

Wednesday, August 27, 2008

.:Ramadhan Datang Lagi:.

Ramadhan menjelma lagi
Bersyukurku amat sekali
berada di bulan ini
banyak pahala boleh ku miliki

Ramadhan menjelma lagi
Hatiku gembira sekali
Menyambutnya dgn tekad di hati untuk merubah diri ini...

Ramadhan menjelma lagi
berpuasa di siang hari
dapat membersih diri dari segala sakit di hati

Ramadhan menjelma lagi
moga diri ku diberkati
hingga ke akhir nanti
untuk bersua mu Illahi

Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbezar
amadhan mereka gemilang cemerlang
mukmin berjasa di sepanjang bulan
ramadhan kami malam terbuang
mukmin berdosa sepanjang bulan

mereka gembira dengan kedatanganmu
kami gembira dengan pemergianmu
malam mereka meriah disimbah nur al-Quran
tapi malam kami lesu diburu nafsu

hati mereka bercahaya di gilap taqwa
jiwa kami resah dikalang dosatakbir mereka takbir kemenangan

hari yg mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah, lemah tak berdaya
puasa sekadar...
berlapar dan dahaga...

nukilan: insan

Fail MsWord Tidak Boleh Dibuka?

Adakah rakan anda menggunakan Microsoft Word 2007? Anda pula, menggunakan versi Microsoft Word yang lain, bukannya Microsoft Word 2007? Jika dua perkara ini benar, ia bukanlah suatu perkara yang pelik jika anda gagal membuka fail dokumen yang dicipta dengan menggunakan Word 2007 ini jika anda menggunakan perisian Word versi terdahulu.

Perbezaan antara fail dokumen Word 2007 dengan Microsoft Word versi terdahulu ialah, secara default fail yang dihasilkan mempunyai extension .docx berbanding .doc. Jadi, sudah tentu, perisian Word 2003 dan versi sebelumnya gagal mengecam format baru tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh memasang Microsoft Word 2007 jika anda mahu tetapi jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh menggunakan Office Compability Pack yang disediakan oleh Microsoft. Ia membolehkan perisian Microsoft Word 2000/XP/2003 membaca fail format .docx

Download Di Sini

Sebelum memasang Office Compability Pack ini, pastikan sistem Windows anda telah dipasang terlebih dahulu dengan High-Priority/Required update dari WindowsUpdate.

Sumber: Putera.com

Monday, August 11, 2008

ikim.fm

Saturday, August 9, 2008

Laman Web SKBA

Sila lawati laman web rasmi SKBA di alamat url http://skbakararang.net/ .

Sunday, July 6, 2008

e-mail

Mel elektronik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.

Sunday, June 22, 2008

Cakera Liut??

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.

Cakera liut, juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh, Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ianya sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS.

Sunday, June 8, 2008

Apa itu Bluetooth?

BLUETOOTH merupakan teknologi rangkaian tanpa wayar yang dinamakan sempena nama Harald Bluetooth, bekas Raja Denmark yang terkenal kerana sentiasa membantu rakyatnya berkomunikasi. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan Denmark dan Norway.
Dari segi teknologinya, Bluetooth berfungsi menghubungkan hubungan dua hala pelbagai peralatan elektronik untuk jarak dekat iaitu kurang daripada 10 meter.
Teknologi tanpa wayar ini bukan sahaja digunakan untuk menghubungkan telefon dengan telefon, telefon dengan set kepala tetapi juga pelbagai peralatan lain.
Misalnya ia boleh menghubungkan komputer dengan pencetak, komputer dengan telefon, komputer dengan PDA (alat bantuan digital) dan sebagainya.
Teknologi rangkaian Bluetooth adalah selamat kerana ia menggunakan signal radio yang 1,000 kali lebih rendah daripada teknologi tanpa wayar yang digunakan telefon bimbit masa kini.
Ia juga adalah selamat kerana apabila sambungan dibuat tiada siapa dapat mencuri dengar apabila anda menggunakannya .Bagi set kepala yang disambung kepada telefon, ia menggunakan peraturan yang dikenali sebagai `pairing’ atau `pemadanan’.
Sumber: mykomputer

Sunday, April 27, 2008

Tip IT : Tapis Akses Web

Tip IT: Pastikan internet selamat untuk kanak-kanak
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturd...071003/Article/
PENGGUNAAN komputer dan laman web tidak lagi terhad kepada golongan tertentu, tetapi meliputi pelbagai peringkat termasuk kanak-kanak.Dunia web yang seharusnya menjadi perantara dalam mendapatkan pelbagai maklumat berharga sering disalah gunakan bagi tujuan negatif seperti melayari laman web lucah, kemungkinan terdedah kepada kenalan baru yang tidak dikenali latar belakangnya dan penipuan kerja sekolah hasil daripada kandungan yang diperoleh.Perlu diingat, kanak-kanak adalah segmen pengguna yang mudah terdedah kepada tipu helah pengguna lain yang cuba memanipulasi mereka yang berada di dunia web.Bagi memastikan proses melayari web dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam persekitaran yang selamat, TIP IT minggu ini menggariskan panduan, terutama kepada ibu bapa bagi mengelak anak mereka daripada terdedah kepada ancaman Internet.Antaranya adalah pastikan anak-anak yang memiliki alamat emel tidak mendedahkannya kepada orang yang tidak dikenali dan elakkan daripada memberikan nama penuh, sekolah, alamat, nombor rumah serta telefon kepada kenalan baru dari dunia web itu.Kanak-kanak seharusnya mengelakkan daripada bersetuju mengadakan pertemuan dengan orang yang tidak dikenali ketika bertemu di dunia web dan maklumkan ibu bapa atau penjaga mereka berhubung perkembangan itu.Apabila anda mendapat emel yang tidak dikenali pengirimnya, disarankan supaya tidak membuka emel itu dan pada masa sama jangan dedahkan kata laluan Internet kepada orang lain.Jika laman web yang dilawati atau emel yang diterima mengandungi kandungan yang tidak menyenangkan, kanak-kanak perlu memberitahu ibu bapa atau penjaga mereka.Kepada ibu bapa pula, hadkan penggunaan komputer peribadi (pc) kepada hanya satu saja bagi membolehkan aktiviti pelayaran internet anak mereka diawasi sepanjang masa dan jelaskan kepada kanak-kanak keperluan untuk lebih berhati-hati ketika melayari laman web baru.Pelbagai pakej perisian turut ditawarkan di rak jualan kelengkapan IT ketika ini yang boleh membantu mengawasi aktiviti pelayaran Internet kanak-kanak seperti merekodkan alamat laman web yang dilayari, emel, perisian aplikasi komunikasi, menapis dan menghalang kemasukan pada laman web tertentu.Jika anak-anak anda menggunakan aplikasi carian Google, pada kolum 'Preferences', ibu bapa boleh membuat pilihan untuk menetapkan penapisan carian selamat bagi menghalang imej dan teks yang dilarang daripada dipaparkan.Selain daripada memiliki kata laluan pentadbir sendiri, ibu bapa atau penjaga disaran membuka akaun pengguna berasingan untuk kegunaan kanak-kanak bagi memastikan perisian yang boleh memudaratkan tidak dipasang, aktiviti pemindahan fail penting tanpa kebenaran dikenal pasti dan penukaran ketetapan Windows dihalang.Ia boleh dilaksanakan menerusi proses satu klik pada menu permulaan (Start Menu) disusuli Panel Kawalan (Control Panel) dan akaun pengguna (User Account).Kemudiannya, anda boleh membuka akaun baru untuk anak dengan memilih nama serta had akaun sebelum meneruskan langkah terakhir ketetapan Windows itu.

Tuesday, April 22, 2008

.:Blog ICT SKBA:.

Blog ICT SKBA merupakan salah satu template untuk kita berkongsi idea dan maklumat mengenai teknologi maklumat yang ada di sekolah kita khususnya. Oleh itu marilah kita sama-sama menggunakan ruangan ini dengan baik dan sepenuhnya untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan.
Blog ini dibangunkan untuk memberi peluang kepada semua warga SKBA untuk mendapatkan informasi khasnya di dalam ICT. Justeru itu, sama-samalah kita memanfaatkan kemudahan teknologi yang ada ini ke arah membina modal insan berteknologi.